Sunday, 13 October 2013

PUASA ARAFAH XD


Assalamaulaikum^^

Alhamdulillah, kite dh tiba 9 Zulhijjah . yang di mana kita di sunatkan berbuasa . 
berpuasa utk menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan dtg. :) WOW! deabak weeehhh

*****
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : "Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya." (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah S.A.W ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadith Riwayat Imam Muslim).

*****
hoho! begitu dahsyat kan? jadi apa tunggu lagi! jgn lepaskn peluang! satu hari je! x susah punnn :) 
*kerana dirimu begitu berharga blink blink**

sekian, assalamualaikum!

Esok ada hari lagi. Kalau boleh datang lah lagi

No comments: